Rakan Sekerja

SMK Lambor Kiri

Gambar Dubai Airport

Program Road To Cambridge

Muzium London

Road To Cambridge 2015

Friday 1 January 2016

Menjejak Tamadun Roman di Itali

SEBUT sahaja Itali, terbayang kehebatan bangunan bersejarah peninggalan tamadun Empayar Roman di mana ibu kota Itali - Rom telah berkurun dijadikan pusat peradaban politik dan agama mereka.
Begitu juga tempat menarik seperti Vatican City - Pusat Agama Katholik Dunia, Pisa dengan menara condong, Florence dengan Santa Maria del Fiore, Venice dengan terusan dan Milan, kota fesyen terkenal dunia.
Itali sangat sinonim dengan produk fesyen berjenama juga terkenal dengan industri berat seperti kereta Ferrari, Lamborghini, Fiat dan Alfa Romeo serta motosikal Ducatti dan Piaggio. Dengan banyak tarikan ditawarkan, Itali dengan penduduk 59.7 juta, menarik 43.7 juta pelancong tiap tahun dan menyumbang pendapatan 42.7 billion Euro setahun.
Akhir Oktober lepas, saya dan suami berpeluang melawat dan menyaksikan kehebatan Itali. Kami tiba di Lapangan Terbang Leonardo da Vinci, Rom pukul 1.05 tengahari menaiki penerbangan A380 Emirates hampir 14 jam (tidak termasuk transit di Dubai) dari Kuala Lumpur.
Tiba di sana, kami ke pusat bandar Rom terletak 17 kilometer (km) dari lapangan terbang untuk bersiar di tempat menarik. Ini termasuk Spanish Steps yang terkenal - tempat tumpuan pelancong dan penduduk tempatan bersantai minum kopi dan ais krim.
Spanish Steps mempunyai 135 anak tangga dari Piazza dei Spagna mendaki cerun ke Piazza Trinita dei Monti di mana letaknya Gereja Trinita dei Monti. Spanish Steps dibina diplomat Perancis, Etienne Gueffier dari 1723 hingga 1725 untuk menghubungkan Kedutaan Sepanyol dengan Gereja Trinita dei Monti. Di Piaza dei Spagna terdapat pancuran air Fontana della Barcaccia.
Satu tempat menarik bagi wanita terletak berhampiran Spanish Steps adalah Via dei Condotti - satu jalan sibuk dan pusat fesyen terkenal di Rom. Di situ deretan butik terkenal memperaga pelbagai keluaran terkini butik fesyen terkenal Itali - Gucci, Prada, Salvatore Ferragamo, Bvlgari, Furla dan Valentino serta butik antarabangsa Louis Vuitton, Dior, Jimmy Choo dan Hermes. Harga ditawarkan sudah pasti jauh lebih murah berbanding Malaysia. Pembeli boleh menuntut Cukai Nilai Tambah (VAT) 12 peratus di lapangan terbang semasa keluar dari Itali.
Malamnya kami ke Monte Mare, puncak bukit tertinggi Rom menikmati pemandangan kota dengan cahaya gemerlapan.
Esoknya, kami sekali lagi melawat kota Rom untuk melihat bangunan bersejarah sekitar Sungai Tevere. Kami ke Piazza Navona atau Dataran Bandaraya - terdapat beberapa pancuran air dibina sejak kurun ke-15. Pancuran paling terkenal di tengah dataran - Fontana dei Quattro Fiumi atau Fountain of the Four Rivers. Aktiviti di dataran meriah. Bagi penggemar seni, mereka boleh beli lukisan dan menonton persembahan artis jalanan.
SenibinaSeterusnya, kami berjalan menikmati keindahan bangunan senibina ciri Roman "Baraque" ke destinasi pelancongan popular di Rom iaitu Trevi Fountain. Dinamakan Trevi Fountain kerana terletak di Daerah Trevi, Rom. Ia dibina oleh arkitek Itali Nicola Salvi dan Pietro Bracci.
Pancuran air Baraque setinggi 26.3 meter terbesar dan termasyhur di dunia pernah dijadikan tempat penggambaran beberapa filem terkenal termasuk La Dolce Vita.
Kami ke Bandar Purba Roman dan Tugu Emmanuel II sebelum ke Roman Forum iaitu pintu masuk bangunan Colosseum yang dibina sekitar 70 hingga 80 Masehi.
Bangunan tersebut dianggap salah satu peninggalan terbesar senibina dan kejuruteraan Roman yang kekal ke hari ini.
Kemasyhurannya menggamit empat juta pelancong setahun melawat bangunan tersebut. Colosseum, sebuah stadium dibina di zaman purba sebagai tempat pertarungan hidup mati pahlawan zaman itu. Ini termasuk pertarungan manusia dengan binatang buas. Di bahagian dalam bangunan masih boleh dilihat peninggalan sangkar binatang dan tempat perlawanan.
Lepas itu, kami ke Vatican City iaitu sebuah negara berdaulat terletak dalam kota Rom, Itali. Luasnya 44 hektar dan penduduknya seramai 900 orang.
Vatican City adalah negara berdaulat terkecil di dunia dari segi keluasan dan penduduk. Ia dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran antara Kerajaan Itali dengan Gereja Roman Katholik untuk dijadikan kota suci dan pusat pentadbiran Gereja Roman Katholik. Vatican City ditadbir oleh kerajaan diketuai Pope.
Dalam kawasan Vatican City terdapat Dataran St. Peter dan Bangunan St. Peter's Basilica dengan khazanah menakjubkan. Di situ terdapat Sistina Chapel dan Vatican Museum serta Istana Apostolik - kediaman rasmi Pope. Keselamatan seluruh Vatican di bawah kuasa Polis Negara Vatican.
Esoknya, kami ke Greve in Chianti - ladang anggur dan zaitun di Lembah Chianti, 273 km di utara Rom. Anggur di situ digunakan untuk wain.
Kami dapat menikmati pemandangan indah bukit-bukau dipenuhi ladang anggur dan zaitun semasa berada di sebuah istana di puncak bukit Wilayah Toscany.
Destinasi seterusnya adalah Pisa terletak 111 km dari Chianti. Semua ahli rombongan teruja melihat keindahan dan keajaiban Menara Condong Pisa.
Kami bernasib baik kerana cuaca sangat baik membolehkan kami bergambar sekitar Menara Condong Pisa yang dibina dengan batu marmar putih pada tahun 1173 setinggi 55.6 meter dengan 294 anak tangga. Asalnya menara itu dibina menegak tetapi sebab asasnya lemah, ia condong seperti hari ini.
Kami ke Florence, ibu kota Wilayah Tuscany yang mempunyai penduduk 370,000 orang. Bandar tersebut terkenal dengan sejarah Zaman Pertengahan Eropah dan dianggap tempat lahir Renaissance di Itali. Tempat bersejarah di Florence telah diisytihar Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1982. Kami tiba di Florence pada malam.
Esoknya, kami ke puncak sebuah bukit di mana letaknya dataran Piazzale Michelangelo untuk melihat panorama bandar Florence.
Lepas itu kami ke kawasan bersejarah di Piazza del Duomo di mana letaknya Basilica di Santa Maria del Fiore - gereja terkenal dibina pada tahun 1296 hingga 1436, Museo dell'Opera del Duomo - muzium menempatkan karya seniman terkenal Florence seperti Luca della Robia, Donatello dan Michelangelo dibuka pada tahun 1891 dan bangunan Baptisterium San Giovanni.
Seterusnya kami ke Sungai Arno dan menyeberang jambatan bersejarah Ponte Vecchio. Kemudian ke Piazza del Signoria kami melihat keindahan Fountain of Neptune dan khazanah bersejarah karya terbaik Michelangelo, arkitek dan pelukis terkenal Florence.
Kami bertolak ke Barberrino di Mugello iaitu rangkaian kedai produk kilang terkenal dalam perjalanan ke Venice. Kami teruskan perjalanan sejauh 224 km ke Venice terletak di utara pantai timur Itali di hujung utara Laut Adriatic. Setelah tiga jam, kami tiba di Venice dan terus ke hotel di Magliano Veneto Treviso terletak di tanah besar bertentang bandar Venice.
Esoknya kami ke Venice melalui jambatan Ponte della Liberta yang menghubungkan tanah besar dengan bahagian utara Pulau Venice.
BerjalanBas dibenarkan ke tempat parkir. Dari situ kami berjalan ke Tronchetto Pier untuk menaiki teksi air ke Bandar Venice atau dalam bahasa Itali - Venezia.
Selepas menaiki teksi air lebih kurang 30 minit, kami tiba di jeti Piazza San Marco. Aktiviti pertama menaiki gondola menyusuri terusan bandar Venice. Alangkah indah dan romantik berada di atas gondola menyaksikan deretan bangunan lama di kiri kanan.
Bandar Venice terletak di atas gugusan 117 buah pulau kecil dipisahkan 150 terusan. Di antara terusan paling sibuk dan terkenal adalah Grand Canal.
Penduduk bandar Venice berjumlah 271,000 orang berjalan menyeberang terusan menggunakan 409 jambatan kecil di seluruh bandar Venice. Mereka bergerak menaiki bot atau gondola melalui terusan. Venice unik kerana ia sebuah bandar terbesar tanpa kereta di Eropah.
Selain menyaksikan terusan dan jambatan, kami melawat banyak lagi tempat menarik seperti St. Mark Basilica, Doge's Palace, St. Mark's Campanile, Piazza San Marco.
Setelah menikmati keindahan Venice, kami ke kota Milan di utara Itali sejauh 265 km. Perjalanan mengambil masa tiga jam 25 minit tidak termasuk singgah di Verona, kediaman Romeo dan Juliet untuk menyaksikan dinding lama dan balkoni Juliet.
Esoknya kami menyeberangi sempadan ke Lugano - pekan kecil terletak di selatan Switzerland. Bandar tersebut dihuni 62,000 orang kebanyakan bertutur bahasa Itali. Kedudukannya di pinggir Tasik Laguno dikelilingi gunung-ganang di kaki Banjaran Alps menjadikan bandar ini sangat cantik.
Kami bersiar-siar di tepi Tasik Lugano sambil menikmati udara dingin dan nyaman. Dari pinggir tasik, kami melihat keindahan gunung Sighiguola di Banjaran Alps.
Hari terakhir lawatan adalah kota Milan, ibu kota Wilayah Lombardia - wilayah paling maju dan kaya di Itali.
Kota Milan mempunyai penduduk 1.35 juta orang. Ia pusat industri, perdagangan dan kewangan Itali. Milan sangat terkenal sebagai pusat rekabentuk dan fesyen termasyhur dunia.
Semasa di Milan,kami mengunjungi Piazza Duomo dan Galleria Mall, pusat beli-belah tertua dan tersibuk dunia.
Sepanjang Via Monrenapoleone, Via Sant Andrea dan Via Della Spiga terdapat butik dan kedai menjual produk jenama terkenal.
Kami berpeluang mengunjungi tempat bersejarah di Milan seperti Milan Cathedral - gereja kelima terbesar dunia, Sforza Castle yang dibina pada kurun ke-15 dan melawat Santa Maria delle Grazia dihiasi dengan lukisan karya Leonardo da Vinci yang masyhur di seluruh dunia.
Selesai melawat kota Milan dan membeli belah di sana, kami bertolak ke Lapangan Antarabangsa Malpensa, Milan untuk pulang membawa beribu kenangan manis.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 9 December 2015

Fakta Kucing

43 Fakta Unik Tentang Kucing

Kucing memang salah satu hewan peliharaan yang paling banyak dipelihara oleh manusia, tapi sayangnya justru sebagian pemelihara kucing tidak tahu apa saja fakta-fakta tentang keadaan kucing.
Kalau kamu memang pecinta kucing, silahkan baca fakta-fakta unik tentang kucing di bawah ini :
  1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, yaitu 5 kali lebih banyak dari manusia
  2. Kucing memiliki 230 tulang, yaitu 24 kali lebih banyak dari manusia
  3. Kucing tidak memiliki collarbone, sehingga memungkinkan masuk melewati celah selebar kepalanya
  4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan
  5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia 20 khz
  6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lainnya (dalam hubungannya dengan besarnya tubuh)
  7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan total, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan perefleksi cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang masuk retina.
  8. Cakupan pandangan kucing 185 derajat
  9. Kucing memiliki indera penciuman 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta
  10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika anda ingin melakukan pengecekan denyut nadi lakukan di paha belakang di bagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)
  11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit
  12. Suhu tubuh kucing normal 102 °F atau 38.8 °C
  13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 mile per jam
  14. Kucing memiliki system syaraf yang sangat sensitif.
  15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya.
  16. Setiap kucing memiliki nose pad yang sangat khas, sehingga tidak akan penah ada dua kucing yang memiliki sidik hidung yang sama
  17. Kucing merespon panggilan wanita lebih baik dari pada pria, mungkin karena suata wanita memiliki puncak yang lebih tinggi
  18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing
  19. Telah dibuktikan secara ilmiah bahwa mengelus-elus kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita.
  20.  Rata-rata umur kucing 15-16 tahun.
  21. Untuk menentukan kesetaraan umur kucing dengan umur orang, mulailah dengan 20 tahun sebagai umur tahun pertama kucing, kemudian tambahkan 4 tahun umur manusia untuk setiap umur tahun kucing. Sebagai contoh : Jika kucing anda berumur 4 tahun berarti umurnya setara dengan 20 tahun (untuk umur 1 tahun) ditambah 3 x 4 tahun,yaitu setara dengan umur 32 tahun pada orang.
  22. Kucing memiliki daya penciuman yang sangat baik. Ini adalah alasan mengapa kucing tidak akan menggunakan kotak sampah kotor. Dan mereka juga memiliki pendengaran yang bagus.
  23. Kucing benci bau parfum. Mereka juga membenci aroma jeruk dan lemon.
  24. Kucing menganggap daerah yang memiliki bau amonia sebagai daerah eliminasi. Jadi, tidak dianjurkan untuk menggunakan amonia untuk membersihkan bau urin kucing.
  25. Seekor kucing mengetahui perubahan dalam suasana hati Anda, dan kadang-kadang itu akan mempengaruhi kucing Anda.
  26. Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata “Meong”. Dalam bahasa Inggris yang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan “Meow”. Di negara Inggris sendiri, suara kucing ditulis “Miaow”. Kalau bahasa Jepang sering ditulis dengan kata “Nya”.
  27. Kucing termasuk hewan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat. tapi dapat memicu alergi pada manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perutnya.
  28. Kucing dapat menyimpan energi dengan cara tidur lebih sering ketimbang hewan lain. Lama tidur kucing bervariasi antara 12 – 16 jam per hari, dengan angka rata-rata 13 – 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.
  29. Pintu khusus kucing (cat flap) yang biasa terdapat pada pintu rumah, ditemukan pertama kali oleh Sir Isaac Newton (penemu hukum gravitasi).
  30. Ekor kucing dipergunakan untuk menjaga keseimbangaan, terutama ketika sedang melompat atau berlari.
  31. Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan rambut yang tertelan dan menumpuk di lambung.
  32. Kucing yang sehat mempunyai suhu tubuh 38°C – 39.5°C.
  33. Kucing betina matang secara seksual ketika berumur 6-10 bulan, sedangkan kucing jantan pada umur 9 -12 bulan.
  34. Rata-rata jumlah anak kucing dalam satu kelahiran adalah 2-6 ekor.
  35. Dengkuran kucing (purring) tidak selalu menunjukkan bahwa kucing dalam keadaan nyaman. Kucing juga akan melakukan hal yang serupa dan lebih keras pada saat dalam keadaan stres atau kesakitan
  36. Semua kucing memerlukan taurine dalam makanan untuk mencegah kebutaan. Kucing juga harus mengkonsumsi sejumlah lemak dalam makanan karena tidak dapat memproduksi lemak sendiri.
  37. Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia sedang menandai anda dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya.
  38. Rata-rata umur kucing yang hidup di luar rumah sekitar 3-5 tahun, sementara yang hidup didalam rumah dapat mencapai umur 16 tahun atau lebih lama.
  39. Rata-rata waktu tidur kucing sekitar 16 jam
  40. Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Kucing yang lahir dengan 6 atau 7 jari pada kaki depan dan tambahan jari pada kaki belakang disebut polidaktil.
  41. Kucing dewasa mempunyai 30 buah gigi, 16 buah di rahang atas dan 14 buah di rahang bawah.
  42. Ada sekitar 9600 helai rambut tiap cm2 kulit bagian atas dan sekitar 19200 helai rambut tiap cm2 kulit bagian bawah.
  43. Lidah kucing tidak dapat merasa karena kurangnya sensor syaraf perasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 sensor syaraf perasa di lidah, sedangkan kucing hanya mempunyai 473 buah. Nafsu makan kucing terutama dipengaruhi oleh bau bukan rasa makanan.

Tazkirah

Nabi tegur kesalahan secara kiasan


ANTARA kaedah yang digunakan Nabi Muhammad s.a.w dalam memberikan tunjuk ajar kepada umatnya ialah tidak menjuruskan ucapan kepada orang yang bersalah dengan menyebut kesalahannya.

Baginda biasanya membuat teguran dengan menggunakan lafaz yang ditujukan kepada orang yang tidak ada dalam majlis atau dengan lafaz umum boleh didengar oleh orang ramai, seperti “kenapakah kaum itu melakukan itu... dan itu?”


Pernah satu ketika Nabi s.a.w memerintah seorang daripada suku Bani Asad (untuk memungut zakat). Ada pendapat mengatakan namanya ialah Ibn Allutbiyyah. Apabila dia datang menemui Nabi, dia berkata: “Ini untuk kamu dan ini untuk diriku.”

Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar lalu memuji Allah dan bersabda: “Kenapakah seorang amil yang aku utuskan (untuk memungut zakat dan sebagainya) berkata ini ialah untuk kamu dan ini dihadiahkan untukku. Kalaulah dia tinggal di rumah bapanya adakah hadiah itu diberikan kepadanya atau tidak? Dan demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, tidak ada seorang pun di antara kamu mengambil sesuatu daripadanya hanyalah dia datang pada hari kiamat membawanya di atas bahunya.” (Muslim, kitab al-Imarah)

Arahan yang dilakukan secara tidak langsung itu menunjukkan baginda menghormati manusia sebagai anak Adam dan sedar tujuan perundangan ialah untuk mem perbaiki bukan memburukkan seseorang, kerana memburukkan seseorang yang bersalah itu boleh mendorongnya supaya berterusan melakukan kesalahan.

Baginda pernah memarahi sahabatnya, Khalid bin al-Walid apabila dia mencaci seorang wanita yang berzina dari Bani Ghamid ketika baginda menjalankan hukuman rejam ke atas wanita itu.

Tindakan Nabi ini adalah implimentasi secara praktikal terhadap kejernihan jiwa dan kebersihan lidah yang terhindar daripada percakapan cabul dan mencela walaupun kepada seteru.

Apabila baginda luka pada hari peperangan Uhud dan darahnya mengalir, sahabat berkata kepada baginda: “Kalaulah engkau mendoakan ke atas mereka (supaya sesuatu bala menimpa mereka), lalu baginda bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai seorang yang melaknat, tetapi aku diutuskan sebagai pendakwah dan rahmat, wahai Tuhanku berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Orang Islam datang menemui Rasulullah s.a.w untuk bertanya berhubung perkara agama serta dunia dan sering kali al-Quran memberikan jawapan.

Ada lima belas tempat di dalam al-Quran yang menyebut soalan serta jawapannya, antaranya ayat 215, surah al-Ba qarah, maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah ianya dibelanjakan?) Katakanlah; apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan, maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin dan orang musafir (orang yang terlantar dalam perjalanan).”

Kebanyakan ayat ini ialah ayat Madaniyah (ayat yang diturunkan di Madinah) dan surah al-Baqarah adalah surah yang pertama diturunkan di Madinah. Surah ini adalah surah yang paling banyak mengandungi soalan serta jawapan kepada persoalan terbabit.

Ini kerana orang Islam pada masa itu ingin mengetahui banyak perkara berkaitan dengan masyarakat baru Islam yang menjadi asas kepada kekuatan negara Islam yang baru lahir itu.

Jika al-Quran tidak mengemukakan jawapan kepada segala persoalan yang dikemukakan oleh orang Islam, sudah tentu Nabi s.a.w memberikan jawapan dengan jawapan yang boleh memberikan manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat.

Baginda memberikan jawapan lengkap kepada semua per soalan, sama ada secara ringkas atau lebih lanjut mengikut keperluan. Baginda tidak membiarkan orang yang bertanya dalam keadaan tidak berpuas hati atau membiarkan mereka tanpa mengetahui walaupun satu aspek daripada persoalan yang diajarkan.


Hijrah

Hijrah Bersama Ilmu
UMAT Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Hijrah adalah peristiwa penting dalam sejarah Islam. Dalam konteks sirah Rasulullah s.a.w, Hijrah membolehkan baginda mengatur strategi lebih berkesan bagi umat Islam menggembleng usaha dan mengukuhkan kekuatan umat Islam.
Imej Warak Penuh Ilmu
Selama tempoh 1432 tahun kita menyambut Maal Hijrah, bukan bermaksud sekadar kita berhijrah dari Makkah ke Madinah atau dari satu tempat ke tempat lain tetapi yang penting menjiwai perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w menjana serta menobatkan Islam di mercu dunia demi kesejahteraan umat. Hijrah bagi umat Islam bukan sekadar membilang detik masa atau mengadakan pertunjukan hiburan dan bunga api, apatah lagi mabuk sehingga melupakan tata susila sebagai seorang manusia.
Umat Islam perlu berhijrah daripada melakukan perbuatan yang buruk kepada mencapai sesuatu yang lebih baik dan kejayaan. Paling penting ialah meningkatkan ketakwaan agar terus kekal sebagai Muslim yang mampu berdepan dengan apa jua cabaran yang mengganggu gugat keimanan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah dan disebut dalam al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya.(al-Baqarah ayat 218).
Untuk berhijrah ke arah kejayaan, umat Islam memerlukan ilmu kerana ia aspek terpenting dalam anjakan paradigma ummah menuju kegemilangan. Sejarah membuktikan jatuh bangun sesebuah bangsa ditentukan sejauh mana penduduknya berilmu. Tanpa ilmu, sesebuah bangsa dan negara itu akan diperalat dan ditindas. Ini berlaku kepada beberapa negara di Afrika. Sejarah Islam memberi jalan yang cantik bagaimana ilmu boleh dimanfaat seperti kegemilangan Islam yang dicetuskan golongan ilmuan Islam. Mereka bukan sahaja warak tetapi berilmu. Nama-nama seperti Ibnu Sina, al-Biruni, al-Kindi, Ibnu Hayyan, Umar al-Khayyan dan al- Khawarizmi cukup mengerunkan dunia dengan ketinggian ilmu pengetahuan.Namun, kegemilangan tamadun Islam gagal dipertahankan.
Penjajahan kuasa Barat ke atas negara dunia ketiga khususnya negara Islam turut memecahbelah umat Islam. Sebaliknya, beberapa negara bukan Islam belajar rahsia kegemilangan Islam untuk menjadi bangsa yang disegani masyarakat dunia.
Pada masa ini beberapa negara seperti Jepun, China dan Korea Selatan mencapai kemajuan hebat dalam pelbagai bidang hingga mampu bersaing dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan beberapa negara Eropah. Jepun, misalnya hampir musnah ketika bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki tetapi mereka bangun dan berhijrah menjadi bangsa maju serta dihormati dunia. Apa rahsianya? Tentunya mereka berilmu dan menghargai ilmu. Hijrah sebagai sunatullah bagi semua Nabi dan Rasul adalah batu loncatan untuk memenangkan yang hak dalam peperangan di antara kedua-duanya.
Dengan hijrah, yang hak memenangi peperangan itu. Hijrah minda bermaksud seluruh hidup manusia itu diserahkan kepada Allah semata-mata. Suatu ketika dahulu, umat Islam membuktikan kepada dunia mereka umat cemerlang. Mereka membawa rahmat besar dan mewujudkan kualiti modal insan yang mementingkan pembangunan rohani dan material. Mereka membebaskan kesesatan akidah manusia dengan mewujudkan negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah, sebahagian Eropah dan beberapa kawasan di Asia. Mereka berjaya menjadikan negara Islam sebagai hab ilmu pengetahuan dan tempat rujukan dunia.
Manusia berpengetahuan dan berilmu menjadi tenaga penggerak tamadun manusia. Kemuncak dunia Islam sebagai hab ilmu wujud pada zaman kerajaan Abassiah pada abad kelapan dan sembilan Masihi.
Seiring dengan sifat mahu menuntut ilmu, umat Islam wajar menanam sikap mampu memberi pendapat, idea dan inovatif, mereka cipta sesuatu yang baru dan menjadi masyarakat pintar. Kita tidak boleh hidup dalam dunia yang jumud dan mengharap perubahan datang dengan sendiri tanpa usaha. Justeru, sesuai dengan semangat Maal Hijrah umat Islam perlu membetulkan kesilapan dan kelemahan diri.
Jika sebelum ini kita menanam azam sempena Tahun Baru Masihi, kita juga mempunyai azam yang sama sempena Tahun Baru Hijrah. Ini bermakna kita perlu membuang sikap malas, lesu dan mundur selain meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kebijaksanaan bagi menjana kemajuan dan pembangunan negara. Bagi graduan universiti yang mempunyai ilmu, gunakan azam Tahun Baru Hijrah untuk memajukan diri, keluarga dan negara, bukan hanya menunggu pekerjaan datang kepada mereka.
Masanya sudah tiba bagi umat Islam di negara ini bangkit daripada takuk lama dan menjadi insan yang benarbenar cemerlang dan mengikut langkah umat terdahulu yang menjadikan negara Islam hab ilmu pengetahuan.

nurjeehan.hadithuna.com

Bismillah

Kisah Berkat Disebalik Membaca Bismilllah


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik  Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."


Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan  wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.  Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahuluuntuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu AllahS.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.



Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya  kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Tuesday 8 December 2015

Tahun Baru

Makna dan Hikmah Tahun Baru Islam


JUMAT, 18 Desember 2009, bertepatan dengan 1 Muharam 1431 H. Bermakna, inilah hari pertama tahun baru Islam mengikut perhitungan kalender Hijriyah. Kalendar Hijriyah yang perhitungannya mengarah kepada pergantian bulan (Qomariyah), menjadikan peristiwa hijrah Rasulullah Saw dan kaum Muslimin sebagai awal perhitungan. Oleh itu, kalender kaum Muslim ini disebut tahun hijriyah (dari kata “hijrah”).
Hal itu juga bererti, peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat, dari Mekah ke Madinah (Yatsrib), sudah berusia 1431 tahun. Walaupun sudah begitu lama, namun peristiwa itu masih dikenang, diingat, dan masih segar dalam sanubari kaum Muslimin masa kini dan insya Allah masa akan datang. Hakikatnya, perintah hijrah tetap berlaku sepanjang zaman namun dalam bentuk amalan dan teknik yang berbeza.
Hijrah merupakan momentum ke arah menegakkan syariah, daulah  dan kejayaan Islam. Hijrah merupakan strategi dakwah untuk memperkuat barisan penegak syariat Islam dan membangun “home base” kaum Muslimin masa itu.
Penggantian tahun baru Islam bererti momentum peringatan peristiwa hijrah sekaligus penggalian maknanya. Sejumlah ulama, dari masa ke masa, terus berusaha menggali hikmah tersebut dan meng-up date-nya tiap kali bertemu tahun baru Islam 1 Muharam.
Pakar tafsir Dr. Quraish Shihab mencatat, ada empat poin seputar hijrah:
1. Kata "hijrah” digunakan untuk mengistilahkan perpindahan suatu kaum atau individu dari satu hal yang sifatnya buruk kepada hal lain yang sifatnya baik. Pengertian ini berlaku kepada kegiatan pindah tempat dan pindah kelakuan. Contoh hijrah yang paling populer adalah peristiwa hijrah Nabi Muhammad Saw dari Mekkah ke Madinah. Contoh lainnya adalah tobatnya seseorang. Jika seseorang telah bertobat, dengan tobat nasuha, ini pun dikategorikan hijrah, berpindah dari suatu kondisi buruk kepada kondisi yang baik.
2. Al-Quran berjanji untuk memberikan kelapangan bagi siapa pun yang berhijrah. Namun, kelapangan yang akan diberikan Allah SWT hanya berlaku bagi orang yang secara sungguh-sungguh melaksanakan hijrah.
3. Sebelum hijrah Nabi Saw, nabi-nabi sebelumnya hijrah. Misalnya, Nabi Musa hijrah beserta kaumnya dari Mesir ke Palestina.
4. Poin cukup penting dalam berhijrah adalah usaha maksimal yang dilakukan. ketika kita sudah bertekad untuk berhijrah, maka sepantasnyalah kita berusaha dengan sungguh-sungguh dalam menjalankan hijrah itu. Setelah kita telah berusaha dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membantu kita dalam menjalani hijrah kita. Contoh nyata hijrah Nabi Muhammad bersama Abu Bakar dari Mekah ke Madinah.
Ulama lain, Syaikh Dr. Fadhl Ilahi, dalam bukunya, Kunci-Kunci Rizki Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah, menegaskan, Allah Swt menjadikan hijrah sebagai kunci di antara kunci-kunci rezeki.
‘Al-Muhajarah’ (hijrah), sebagaimana dikatakan Imam Ar-Raghib Al-Asfahani, adalah keluar dari negeri kafir kepada negeri iman, sebagaimana para sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Menurut Syeikh Fadhl, hijrah di jalan Allah termasuk kunci rezeki, sebagaiman ditegaskan Allah Swt, " Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rizki yang banyak" [QS. An-Nisaa:100].
Dalam ayat yang mulia ini, Allah menjanjikan bahwa orang yang berhijrah di jalan Allah akan mendapati dua hal : Pertama 'muraagama katsiiran", Kedua 'sa'atan'. Yang dimaksud 'muragamaa' sebagaimana dikatakan oleh Imam Ar-Razi adalah, barangsiapa berhijrah di jalan Allah ke negeri lain, niscaya akan mendapat di negerinya yang baru itu kabaikan dan kenikmatan yang menjadi sebab kehinaan dan kekecewaan para musuhnya yang berada di negeri asalnya.
Sedangkan yang dimaksud 'sa'atan' (keluasan), yaitu keluasan rezeki. Inilah yang dikatakan oleh Abdullah bin Abbas r.a dan ulama lainnya adalam menafsirkan ayat ini.
Ketika para sahabat Nabi Saw meninggalkan rumah-rumah, harta benda, dan kekayaan mereka untuk hijrah di jalan Allah, Allah serta merta mengganti semuanya. Allah memberikan kepada mereka kunci-kunci negeri Syam, Persia, dan Yaman. Allah berikan kepada mereka kekuasaan atas istana-istana negeri Syam yang merah juga istana Mada'in yang putih. Kepada mereka juga dibukakan pintu-pintu Shan'a, serta ditundukkan untuk mereka berbagai simpanan kekayaan Kaisar dan Kisra.
HIJRAH merupakan momentum perjuangan umat Islam untuk tetap survive. Dimulainya penanggalan Tahun Hijriyah dari saat hijrah, menunjukan betapa kita harus menghargai dan mengambil hikmah dari peristiwa hijrah yang merupakan struggle for life (perjuangan untuk hidup), struggle for existence (perjuangan untuk menjadi perkasa).
Dalam buku Kebangkitan Islam dalam Pembahasan (1979), Sidi Gazalba menulis: "Dipandang dari ilmu strategi, hijrah merupakan taktik. Strategi yang hendak dicapai adalah mengembangkan iman dan mempertahankan kaum mukminin".
Hijrah dalam konteks masakini bukanlah bermksud dengan meninggalkan tanah air semata-mata seperti kaum Muhajirin, tetapi berpindah dari gaya hidup musyrikin atau tidak Islami ke gaya hidup yang Islami (berpijak pada nilai-nilai Islam), pindah dari kerenggangan jalinan ukhuwah kepada eratnya  persaudaraan sesama Muslim, dan hijrah dari beramal mungkar ke beramal baik.

Setiap pergantian Tahun Hijriyah juga merupakan  momentum pengeratan  solidaritas sesama Muslim. Ia tidak perlu dirayakan sebagaimana hingar-bingarnya perayaan "Malam Tahun Baru Masehi", akan tetapi lebih memerlukan penghayatan dan pemupukan nilai-nilai yang ada dalam karektor "Tahun Islam" ini. Artinya, ia membutuhkan pemaknaan dan pengkajian

Tuesday 1 December 2015

Valentine

Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine
Untuk muda-mudi generasi penerus, tulisan ini akan memaparkan sedikit panjang lebar tentang CINTA, yang ternyata eksploitasi cinta tanpa tuntunan agama akan bermuara kepada pergaulan seks bebas dan merusak tatanan , bahkan eksploitasi cinta akan dapat menggiring pelakunya ke sikap pendewaan cinta yang akhirnya akan dapat menggiring seseorang kepada kesyirikan yang tidak disadarinya.
Kali ini akan kita kupas tentang Valentine yang secara kebetulan perkembangannya paralel dengan eksploitasi cinta, seks bebas dan materialisme. Tahun demi tahun hiruk-pikuk valentine makin bertambah instensitasnya, dahulu hanya muda-mudi kota-kota besar seperti Jakarta yang mengenal Valentine dan merayakannya, kini sudah mulai merambah ke muda-mudi desa-desa kecil yang ada di Indonesia ini, Valentine tidak saja dikenal oleh para remaja tetapi juga sudah dikenal dan dirayakan oleh anak-anak SD.

Dari sudut pandang ke-Islam-an, ternyata Valentine adalah sebuah perayaan yang harus dijauhi oleh para muda-mudi dan anak-anak muslim dan muslimah, dan sebaiknya para orang tua memberikan informasi kepada anak-anaknya bahwa Valentine bertentangan dengan nilai-nilai ke-Islam-an, memang bukan merupakan hal yang mudah karena sesungguhnya kita berhadapan dengan arus modernisme yang telah mengglobal dan salah kaprah. Opini tidak ketinggalan zaman dan tidak gaul bila tidak merayakan Valentine adalah salah satu kendalanya, namun dengan cara yang baik dan informasi yang akurat, Insya Allah informasi tersebut akan menjadi nasehat yang akan mudah untuk diikuti dan ditaati.


Untuk itu dalam kajian ini, akan dikupas tentang Valentine sedikit panjang lebar agar kita mendapatkan informasi yang komprehensif1 dan akurat sehingga kita dapat mensikapi hiruk-pikuk Valentine yang tahun-demi-tahun harus kita akui memang telah bertambah intensitasnya.


Sejarah Valentine


Valentine adalah nama seseorang pemimpin agama Katolik yang telah dianggap menjadi martir ?Islam : Syuhada- oleh orang-orang Kristian (katolik) dan Valentine telah diberi gelar sebagai orang suci (Santo) oleh orang-orang Kristen.

Kisahnya bermula ketika raja Claudius II (268 - 270 M) mempunyai kebijakan yang melarang prajurit-prajurit-nya untuk menikah. Menurut raja Claudius II, bahwa dengan tidak menikah maka para prajurit akan agresif dan potensial dalam berperang.

Kebijakan ini ditentang oleh Santo Valentine dan Santo Marius, mereka berdua secara diam-diam tetap menikahkan para parujurit dan muda-mudi, lama-kelamaan tindakan mereka diketahui oleh raja Claudius, sang rajapun marah dan memutuskan untuk memberikan sangsi kepada Valentine dan santo Marius yaitu berupa hukuman mati.


Sebelum dihukum mati, Santo Valentine dan Santo Marius dipenjarakan dahulu, dalam penjara Valentine berkenalan dengan seorang gadis anak sipir penjara, kemudian gadis ini setia menjenguk valentine hingga menjelang kematian Valentine. Sebelum Valentine dihukum mati, Valentine masih sempat menulis pesan kepada gadis kenalannya, yang isinya :

 From Your Valentine


Setelah kematian Santo Valentine dan Santo Marius, orang-orang selalu mengingat kedua santo tersebut dan merayakannya sebagai bentuk ekspresi cinta kasih Valentine, dua-ratus tahun kemudian yaitu tahun 496 Masehi setelah kematian Santo Valentine dan Santo Marius, Paus Galasius meresmikan tanggal 14 Pebruari 496 sebagai hari Velentine.


Itulah sejarah hari Valentine yang ternyata untuk mengenang dan memperingati dua orang suci Kristen Katolik yang mengorbankan jiwanya demi kasih sayang.


Ada versi lain tentang sejarah Valentine, yaitu pada masa Romawi Kuno, tanggal 14 Pebruari merupakan hari raya untuk memperingati dewi Juno, dewi Juno adalah ratu dari segala dewa dan dewi, orang-orang Romawi kuno juga meyakini bahwa dewi Juno adalah dewi bagi kaum perempuan dan perkawinan ?dewi cinta.


Pada tanggal 14 Pebruari orang-orang Romawi kuno mengadakan perayaan untuk memperingati Dewi Juno dengan cara memisahkan kaum laki-laki dan perempuan. Nama-nama remaja perempuan ditulis pada potongan kertas lalu digulung dan dimasukkan ke dalam botol, setelah itu para laki-laki mengambil satu kertas sebagai, setiap laki-laki akan mendapatkan pasangan sesuai nama yang didapat dalam undian tersebut, bila kemudian mereka ada kecocokan maka mereka akan melangsungkan pernikahan dihari-hari berikutnya.


Valentine dan Barat


Pada abad ke 16 Masehi, perayaan Valentine yang semula merupakan ritual milik agama Kristen Katolik telah berangsur-angsur bergeser, yang semula untuk memperingati kematian santo Valentine dan Marius telah bergeser menjadi hari ?Jamuan Kasih Sayang? yang disebut sebagai ?Supercalis? seperti yang dirayakan oleh bangsa Romawi Kuno pada tiap tanggal 15 Pebruari.

Sedangkan pada abad pertengahan di dalam bahasa Perancis-Normandia terdapat kata ?Galentine? yang berasal dari kata Galant yang berarti cinta, persamaan bunyi antara Galentine dan Valentine disinyalir telah memberikan ide kepada orang-orang Eropa bahwa sebaiknya pada tanggal 14 Pebruari digunakan untuk mencari pasangan. Dan kini Valentine telah tersinkretisasi dengan peradaban Barat.


Valentine telah menjadi bentuk pesta hura-hura, simbol modernitas, sekedar simbol cinta, dan sudah mulai bernuansa pergaulan bebas dan seks bebas.


Banyak para muda-mudi yang mengadakan pesta Valentine hanya karena ikut-ikutan supaya tidak dibilang ketinggalan zaman atau tidak gaul, orang yang ikut-ikutan pesta valentine seakanakan telah menyandang predikat sebagai orang yang modern dan maju, padahal dia tidak tahu apa-apa tentang sejarah Valentine dan Valentine itu sendiri, padahal Valentine sendiri bukanlah hasil kemajuan ilmu pengetahuan dan tehnologi.


Tentu saja Barat adalah yang paling diuntungkan dengan hiruk-pikuk pesta Valentine, karena di dalam pesta valentine orang didukung untuk hura-hura, mencari cinta sesaat dan instan, seks bebas, galmour yang semuanya itu mengarah ke peradaban Barat.

Ketika Al-Islah mengadakan survey via telepon terhadap beberapa masyarakat kota, ada seorang koresponden yang pernah berada di luar negeri memberikan pandangannya bahwa Valentine telah menjadi media Barat untuk memasarkan produknya, merebaknya Valentine di kalangan muda-mudi, menjadikan mereka ramah dan permisif terhadap produk-produk Barat, antara lain fashion, kafe, hotel, film, seks pranikah, dan lain sebagainya.

Namun kalau kita mau jeli dan teliti, Valentine memang bisa menjadikan seseorang merasa tidak ketinggalan zaman, gaul, fashionable dan segudang simbol peradaban Barat lainnya, salah satu faktor besarnya daya jual produk-produk Barat adalah terbangunnya opini tersebut dikalangan muda-mudi, contoh, orang ingin mengganti Hp-nya dengan HP baru hanya dengan satu alasan saja yaitu ?model baru lebih trendy atau fashionable yang lama telah ketinggalan jaman dan memalukan? , opini semacam itulah yang ingin dibangun barat melaui acara-acara Valentine.


Survey Membuktikan
 

Dari wawancara dengan beberapa koresponden yang ada diwilayah pinggiran kota via telepone ketika diajukan pertanyaan apakah Valentine itu ? didapatkan hasil rata-rata para koresponden dari kalangan remaja memberikan jawaban bahwa Valentine adalah hari kasih sayang walaupun sebagian besar dari mereka tidak mengetahui sejarah Valentine. Dan ketika mereka ditanya apakah ingin merayakan Valentine?, sebagian besar menjawab ya dan ingin merayakan bersama sang kekasih, sebagian yang lainnya menjawab tidak perlu dengan alasan kasih sayang itu bukan hanya satu hari itu saja tetapi sepanjang tahun, dan ada juga yang memberikan alasan karena Valentine adalah budaya Barat yang memiliki efek negatif dan merusak. Yang cukup mengejutkan ada seorang anak SD yang tahu tentang hari Valentine dan ingin merayakan dengan memberi hadiah kepada teman spesial.


Dan dari wawancara dengan korespeonden yang sudah berumah tangga dengan kisaran umur antara 30 tahun hingga 50 tahun memberikan hasil bahwa ketika mereka dalam usia remaja mereka sebagian besar tidak tahu tentang Valentine walaupun pernah mendengar kata Valentine, sebagian kecil mengatakan ketika masih remaja mereka telah tahu tentang Valentine tetapi tidak pernah merayakannya. Dan ketika diberi pertanyaan lanjutan apakah akan memberikan izin kepada anaknya untuk merayakan Valentine, sebagian besar menjawab tidak masalah asal tidak kebablasan, dan sebagian yang lain mengizinkan tetapi dengan memberikan pengarahan dan sebagian yang lainnya lagi akan melarang karena mengetahui bahwa Valentine adalah budaya Barat dan bertentangan dengan agama Islam.


Dari wawancara tersebut dapat diperoleh gambaran tentang opini dan sikap
masyarakat mengenai Valentine ?walaupun kurang akurat-:


Pertama, kalangan muda-mudi hampir 100% telah mengenal Valentine padahal para orang-tua mereka hampir 100% tidak mengenal Valentine pada masa remajanya berarti Valentine telah berkembang pesat dalam satu generasi.
Kedua, hanya sebagian kecil remaja yang menentang Valentine dan hampir 100% yang tidak mengetahui tentang sejarah Valentine
.

Dan sekarang mari kita tinjau pandangan Islam tentang Valentine dan bagaimana semestinya umat Islam harus bersikap.




PANDANGAN ISLAM TENTANG VALENTINE
 

Dari uraian sejarah Valentine dan hubungannya dengan peradaban Barat saat ini dapat diringkas bahwa Valentine merupakan :


Ritual yang bersumber dari Kristen yang dikukuhkan oleh Paus Galasius untuk mengenang orang suci Kristen yaitu Santo Valentine dan Santo Marius.


Ritual orang-orang Romawi kuno yang pagan (penyembah berhala) untuk memperingati dewi Juno yaitu ratu dari segala dewa-dewi bagi perempuan dan perkawinan ( dewi cinta).


Ritual bangsa Eropa pada abad pertengahan untuk mencari jodoh.
Media Barat untuk mengkokohkan cengkraman peradaban Barat.,


Dari keempat jatidiri Valentine tersebut, tidak satupun yang tidak bertentangan
dengan ajaran Islam, alasannya :
 

Pertama, Valentine merupakan ritual keagamaan yaitu agama Kristen, sehingga Valentine merupakan ibadah bagi agama Kristen, bukti bahwa Valentine sebagai ritual agama Kristen adalah ritual Valentine tersebut dikukuhkan oleh seorang Paus yaitu Paus Galasius untuk memperingati dua orang yang diberi gelar orang suci oleh orang-orang Kristen. Bagi Muslim mengikuti Valentine tersebut adalah sama dengan mengikuti peribadatan orang Kristen, di samping itu ada bahaya yang lain yaitu sinkretisasi antara agama Islam dan Kristen, Allah I telah memerintahkan kita untuk tidak mencampuradukkan ajaran agama Islam dengan ajaran agama manapun termasuk Kristen :

Bagimu agamamu, bagiku agamaku. QS. 109:1-6


Kedua, Valentine untuk memperingati/memuja dewi Juno adalah ritual yang dilakukan oleh orang-orang romawi Kuno yang menyembah berhala/dewa, sehingga mengikuti ritual ini dapat bernilai kesyirikan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Romawi Kuno yang menyembah berhala.

Bedakan diri kalian dari orang-orang Musyrik. HR. Bukhari-Muslim


Ketiga, Valentine sebagai sarana untuk mencari jodoh oleh orang-orang Eropa, mereka bertahayul bahwa kasih sayang akan mulai bersemi pada tanggal 14 Pebruari, tahayul adalah salah satu bentuk kesyirikan, sehingga haram hukumnya bagi umat Islam untuk mengikutinya.

Keempat, Valentine sebagai media barat telah diakui daya rusaknya terhadap tatanan masyarakat timur apalagi Islam, mengiktui Valentine bukan saja sekedar pesta untuk menyatakan kasih sayang, tetapi juga pesta yang mau-tidak-mau harus mengikutkan budaya yang lainnya, pergaulan bebas, fashion, pakaian minim, ciuman antara laki-laki dan perempuan yang bukan muhrimnya, hidup glamour, materialistis, dansa-dansa, mengumbar nafsu dan lain-lain.

Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, ia akan termasuk golongan mereka. HR. Ahmad

Tidak dapat dipungkiri lagi, Valentine adalah salah satu pintu masuk untuk menjadi sama dengan mereka.

Itulah jatidiri Valentine dan kedudukannya terhadap agama Islam, banyak para muda-mudi yang mengikuti Valentine hanya sekedar ikut-ikutan dan tidak mengetahui apa dan bagaimana Valentine yang sesungguhnya, mereka ikut hanya karena pernah melihat ada yang jualan kartu Valentine atau menerima kartu valentine, atau karena pernah diajak temannya ikut acara Valentine, atau karena pernah melihat propaganda Valentine di majalah-majalah, tv, film dan lain sebagainya, terhadap sikap para muda-mudi yang mengikut saja terhadap apa yang tidak diketahuinya, Allah SWT telah memberikan peringatan :



Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. QS. 17:36